My Precious Memories, My Love, My Life, My Desire, My Destiny...

By: Makcik Gemok Bukhari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Monday, 24-Nov-2008 10:02 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP...

Assalamualaikum...

Tagged by Kak Yatt, http://itayahfirdaus.fotopages.com

Untuk maklumat lanjut, klik di sini:-
http://beautybenefit101.blogspot.com/2008/10/pink-october-breast-cancer-awarness.html


Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara:-


Penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar.

Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara?

Faktor-faktor risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat.


Pesanan utama


1. Mengetahui faktor risiko akan memutuskan sama ada anda perlu atau tidak pemeriksaan saringan.

2. Sekiranya anda tidak mempunyai faktor-faktor risiko tidak bermakna anda selamat. Ramai wanita yang mengidapi kanser tidak mempunyai riwayat keluarga atau mempunyai faktor-faktor risiko.

3. Kanser payudara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan rawatan sebelum kanser itu merebak


Faktor–faktor yang dikenal pasti

Berikut adalah faktor-faktor yang telah dikenal pasti

Jantina
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)

Umur
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara

Perbezaan geografi
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika (sila lihat Barah Payudara - Permasaalahan serius)

Riwayat kanser payudara
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda

Riwayat keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.

Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui.

Hanya 5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik. Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat sebanyak 85%

Gen BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat munculnya kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1 di mana saudaranya tidak menghidapi kanser payudara.

Sindrom Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal.

Adanya riwayat penyakit payudara
Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.

Riwayat haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.

Jumlah anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.

Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku

Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik

Status socioekonomi
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan

Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.

Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi

Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.

Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan.

Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti.

Penggunaan THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya.

Penyusuan
Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.

Quote:
sama-samalah kita ingat-mengingati sesama kita.....


Sunday, 23-Nov-2008 22:38 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP...

 
 
 
View all 30 photos...
21112008


Hari ni pas sarapan, T terima satu parcel daripada Zana, http://mezanna08.blogspot.com
Tq Zana.. Terkejut bila Kak T terima msg dari Zana pagi tadi mengatakan Kak T akan dpt parcel dari Zana.. Kak T suka dengan blouse yg Zana berikan tu.. Memang sesuai dengan tubuh badan Kak T.. Tq my dear!!



Untuk lunch, T cuma masak Sayur Goreng dan Telur Masak Kicap.. Masak yang mudah2 aja....



Sebelah petangnya, T g kedai beli kuih muih skit.. Staff2 hubby (Kak Nisah dan Zu) nak datang singgah ke rumah jap, nak amik Adik dan anak-anak sedara T untuk balik ke Kuala Krau.. Ada hal nak ke KL esok.. B ada keje skit kat sana...




22112008


Hari ini kami jenjalan ke Jusco 1 Utama.. Singgah makan di Laksa Shack... Sempat gak g Travel Fair.. Sekejap aje.. G nengok2 apa yg ada.. Kami tak amik apa2 pakej perlancongan pun.. Then sambung masuk ke Jusco semula... Tak ada soping apa pun.. Jalan2 cuci mata aja dong.. Bebudak ni je dok membeli cd kartun diaorang.. Then kami ke Subang 2 (umah adik ipar T) untuk bermalam malam ini... Sebelah malamnya B kuar sorang nak settlekan keje ngan bosnya.. T dok umah melayan tv aje...














23112008


Pas bekfes Nasi Lemak dan Air Nescafe tadi, kami sekeluarga ke Muzium Negara.. Seronok sangat bebudak ni datang ke sini... Bertambahlah serba-sedikit ilmu pengetahuan datang ke mari...

































Selepas puas berjalan-jalan di Muzium Negara, kami terus bergerak ke KLCC. Oleh sebab kaki sakit (tulah.. nak pakai kasut tumit tinggi sangat ), maka T pun masukklah ke VINCCI untuk membeli sandal dan jugak spek mata... Kemudian kami ke Arena Food Court untuk lunch.. Selepas pusing-pusing, kami pun pulang ke rumah.. Tak de soping benda pun.. Masa perjalanan balik ke Temerloh.. Ternampaklah akan T Sang Pelangi yang sudah lama tidak kelihatan di sudut mata T ini.. Wah! Seronok melihat pelangi itu.. Teringatlah pulak novel "Pelangi Membeku" by DR. TUAH...

Sebelah malam, B kuar tapau makanan aje.. Saja letak gambar barang cenderahati dari my sil.. Dia dok kat Hotel Palace Of The Golden Horses... Tak dapat dok sana.. Dapat barang2 dlm bilik air dia pun jadilah...











Quote:
line tenet kat umah t makin tenat.. ada masa t jenguk kengkawan ye.. maafkan t.. pada yg sudi menjenguk t di sini.. tqvm ye! sayang kalian.. & 1 more thing.. kak ima.. t tak leh masuk ke page akak.. tak tahu password.. tq


Thursday, 20-Nov-2008 06:08 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP...

 
 
 
Assalamualaikum..

Hari ini aktiviti T macam biasa.. Berkemas rumah.. Basuh kain bagai dan pas makan pagi yang B blikan tadi.. Dalam kul 12 tgh hari gitu.. G kedai bli lauk utk dimasak malam nanti.. Jugak tapaukan Nasi Ayam untuk lunch hari ini.. Senang cite...



Jugak T tampalkan keputusan exam Adib di Kelas Qfa.. Dia dpt no 4 drpd 10 pelajar yg sama-sama mengambil peperiksaan itu.. Syukur Alhamdulillah.. Itupun umi sudah berpuas hati sayang... Teruskan lagi usaha ye Adib!




Malam ni T masak Ayam Masak Kicap dan bakar Ikan Patin. B belikan Sambal Pencicah, Sup Ayam dan Daging Masak Merah. Air pulak T buat Air Sirap je.



Wednesday, 19-Nov-2008 08:09 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP...

 
 
 
View all 30 photos...
Assalamualaikum...

Sudah hampir seminggu T tidak menjengah ke sini.. Keterbatasan waktu tidak mengizinkan untuk T mengupload gambar setiap hari seperti kebiasaannya... Dengan itu, T kumpulkan sekali cerita-cerita dan gambar-gambar T seminggu nan lalu....


14112008


T balik ke Kuala Krau. Amik ma dan abah nak tengok convo Nur esok... Sesampai di Temerloh, kuar minum ngan Kak Long dan Abang Long di gerai berhampiran rumah..... Sebelah malamnya kuar makan kat luar...










15112008


Hari ni hari convo tadika Nur di Hotel Green Park.. Tema bajunya hijau... Tapi ramai yang main redah jer... Pakai baju warna-warni gitu....... Nur sekadar mendapat tempat ke 8 daripada 10 pelajar yang berusia 6 tahun.. Nur cuma mendapat hadiah tempat ke 3 membaca Bahasa Melayu. Adib pulak dapat nombor 26 daripada 35 rakannya yang lain. Dapat 4A 1C. Aduhai.. Kecewa tu kecewalah jugak.. Tapi itulah.. Nampak gayanya umi kena berusaha lebih sikit supaya anak-anak umi ni mendapat keputusan peperiksaan yang lebih bagus pada masa akan datang.. Insya Allah.... Tapi umi tetap bersyukur kerana pada tahun hadapan, Adib masih berada di kelas pertama sejak dia menduduki darjah 1 lagi.. Ada 4 kelas kesemuanya... Mana taknya.. Kena bersaing dengan budak-budak cerdik semua tu.. Adib kenalah bekerja dengan lebih keras untuk cuba menyaingi mereka pulak lepas ni ye? Paling tak pun, setiap kali ujian kena dapat 5A tau!!

Tahun ni semua persembahan pelajar lebih memberansangkan daripada tahun lepas.. Memang kelakau dan tak kering gusi melihatkan corak persembahan yang mereka cuba sampaikan.. Apa-apa pun, T dan kesemua ibu bapa berpuas hati dengan acara tahunan yang memang kami nanti-nantikan setiap tahun ini..... Seusai majlis, kami singgah makan tengahari dahulu dan pulang ke rumah untuk berehat.. Sebelah petangnya, kami ke UITM Jengka nak amik adik bongsu T yang dah mula bercuti hari ini.... Kemudian kami singgah di Lubok Kawah, Temerloh untuk menapau makanan dan pulang makan malam di Kuala Krau.... Adik-adik T, Nizam dan Eidi pun ada jugak pulang minggu ni..... Dia bawa sekali anak-anak sedara T yang dok kat Serendah tue...


















16112008


Hari ini T sekeluarga ke Kuantan. Kebetulan suami T ada kerja di sini esok. Sesampai di Kuantan, kami ke Megamall untuk lunch dan sebelum balik ke hotel (kami stay di Hotel Vistana), tapau KFC dulu... Sempat beli buku-buku motivasi Dr. Tuah jugak... Sebelah malam T dan anak-anak dok dalam bilik jer.. Suami tapaukan roti canai untuk dinner kami... Sebelum tidur layan cite kat Chanel Star Movies dulu.....




















17112008


Pas bekfes tadi, T ngan anak-anak dok dalam bilik aje.. B kuar menyiapkan tugasannya... Dalam kul 12 tengah hari, kami pun check out dari hotel dan ke East Mall Coast nak membeli donut. Makan donut sepanjang dalam keta hari ni.. Pas suami hantar T dan anak-anak ke umah, suami kuar ke opisnya pulak... Sebelah petang dia tapaukan makanan untuk kami anak beranak.. Kenyang makan Nasi Goreng Kampung yang suami beli di Bukit Angin.. Memang sedap sangat rasanya...














18112008


Hari ini pulak, 3 orang anak sedara T bersama Mak Sunya datang ke rumah T... Anak-anak sedara dari Serendah.. Sorang tak dapat balik.. Kak Ngah nak buat Mykadnya dulu... Mereka balik jumpa Atuk dan Nenek mereka di Kuala Krau hari Sabtu lepas... Ma ada kirimkan Kuih Bengkang untuk T... Untuk minum petang T cuma goreng kentang aje... Untuk malam ni T masakkan Kari Ayam, Goreng Ikan Selar, buat Sambal Belacan dan jugak Puding Pisang.... Alhamdulillah.... B cakap menu malam ni sedap.. "Terima kasih di atas pujian abang tu ye.."!! By the way, keta-keta J Bond T tu dah mencecah ke angka 17.. Harap-harap bertambahlah lagi.. Ahaks.. Suka.. Suka...






19112008


Bekfes tadi makan Nasi Kerabu.. Sedap sungguh rasanya.. Esok nak suruh B blikan lagi... Petangnya ke Hospital Temerloh.. Melawat Kak Long T yang kena Darah Tinggi... Dia tengah mengandung 4 bulan.... Pegi tadi, dia sihat dan ok aje.. Alhamdulillah.. Darah pun dah turun banyak.. Esok doktor kata dah buleh kuar.. Pas tu T singgah ke Cafe Hospital tapaukan Choc Wafer... Sedap makan panas-panas tue.. Then kami pun balik dan tapau makanan kat Rest. Tifa untuk dinner tonite...



Thursday, 13-Nov-2008 06:30 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP....

 
 
Assalamualaikum...

Hari ini anak sedara T, NUR FATIRA BT MOHD NAZRI, dapat 5A dalam exam UPSR.... Tahniah Kak Ngah.. Auntie sayang Kak Ngah tau!!



By the way, T sempat siapkan homework daripada Rinzura, http://rinzura.fotopages.com
Inilah hasilnya.... Tq sudi pilih T utk homework kali ni ye!



[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net