My Precious Memories, My Love, My Life, My Desire, My Destiny...

By: Makcik Gemok Bukhari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Nov-2008 01:00 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP...

 
 
 
View all 15 photos...
Assalamualaikum...


11112008


Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran adik T yang ke 27 tahun.. Happy Birthday my dear Nizam @ MUHAMMAD SHAHRUL NIZAN BIN MAT YUSOF.. Semoga terus dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu hendaknya.. Insya Allah.. Amin...







Malam ni T masak Tom Yam Ayam dan goreng Telur Dadar aje.. Pas tu melayan Nur baca buku cerita.....








12112008


Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan T dan suami yang ke 9... Alhamdulillah.. Semoga hubungan cinta suci ini berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat... Terima kasih kepada suami T, Ahmad Bukhari Ismail di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan kepada T dan anak-anak selama ini... T berjanji untuk menyintaimu buat selamanya... Tiada yang terindah selain daripada aku setuju untuk menikahimu 9 tahun yang lalu... Cinta T pada B tak akan pernah mati.. Percayalah... Hanya kau yang ku cintai... Aku cukup bertuah memilikimu sebagai seorang suami... Terima Kasih B.. T sayang B... So much........









Pagi tadi Pas amik Adib di Kelas Qfa, kami ke Restoran Old Town... Bekfes ngan Adib jer... Nak ajak B minum sekali dia ada kes kat Mahkamah pulak.. Then dia terus ke KL.. Berkejar ke SPNB.... Pas makan.. G beli kek kat Secret Recipe..... Tak de budak yang pandai tulis atas kek ulangtahun kawin T tu.. Diaorang pakai hias-hias aje.. Jadilah tue.. Then g isi minyak kat SHELL.. Em.. Makin bertambahlah koleksi keta T tu... Setakat hari ini dah ada 11 biji.. Jumaat lepas, B g Kuantan.. Dibaginya keta tu untuk anak kawan dia yang tingin sangat nakkan keta J Bond tue.. Tak kisahlah.. T pun dah ada banyak.... Then pas isi minyak keta.. Terus g amik Nur.. Dalam kul 12 tengahari gitu... Balik rumah.. Suh Adib bersiap-siap pulak untuk ke sekolah sessi petang.... G lak cari suar hitam Nur untuk dipakai masa nak nyanyi koir Sabtu ni kat Hotel Green Park..... Hari Convo IB Kindergarten.... Setelah masuk ke kedai yang ke 4, barulah ketemu dengan pilihan hati.... Uiiii... Dahaga lak.. G singgah minum kat gerai Kak Long T.. Nur tak nak makan nasi.. Dia just makan keropok aje.... Settle minum-minum.. Balik ke rumah.. Singgah beli lauk pulak untuk dimasak malam ni... Sampai umah... Dok cara ke menangkat kain dan melipatnya pulak.. Siap mandi, solat bagai... Rehat tengok "Cinta Batu Belah".... Petangnya g amik Adib kat sekolah pulak.. Mendung aje.. Nasib baik tak ujan lebat... Sampai umah... Masak-masak.. Menu malam ni cuma ada Asam Pedas Ikan Patin, Ikan Tilapia Goreng, Ikan Kering Pelata, buat Air Koktail dan juga Kek Chocolate Indulgence... Alhamdulillah...











Monday, 10-Nov-2008 05:42 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP...

 
 
 
View all 12 photos...
Assalamualaikum...

06112008

Malam ni for dinner T masak Sambal Udang dan goreng Ikan Kembung. Simple saja masaknya dong!!



07112008

Petang tadi amik Mak Su kat Terminal Bas Temerloh. Dia ada exam MUET kat sini esok. Pas amik Adib kat sekolah (B g KL ari ni), kami terus ke gerai Kak Long. Dinner kat situ. Selama 2 jam kami kat situ (ujan lebat beb!) dan pada pukul 9.15 malam, kami pun pulang ke rumah. Layan Anugerah Skrin jap sesambil dok download cite LOST SEASON 4.





08112008

Tarikh hari ini cantikkan? 081108.... Emm.... Hari ni kuar lunch kat Seberang Temerloh. Makan nasi ngan Ikan Patin... Untuk juadah kali ini beserta 3 gelas Teh 'O' Ais, Tokey kedai charge RM52.... Tapi berbaloilah dengan makanannya yang sedap-sedap tue... Pas makan, kami ke Pustaka Saujana. Beli buku latihan untuk anak-anak... Jugak cari magazine dan surat khabar.. Pas bayar harga buku sebanyak RM62.00, balik umah, rehat-rehat.. dan malamnya kuar tapau makanan kat Mc'D.... Move it, Move it.. Shake it, Shake it... Pas membayar harga makanan sebanyak RM60.20, kami pun pulang makan di rumah sesambil melayan tengok TV3......







09112008

Hari ni santai-santai kat rumah saja.. Bace paper.. Tengok LOST SEASON 4 Episode 1-8.. Tunggu-tunggu gak cite ni kat Chanel 701.. Tapi tak ditayangkanlah pulak.. Alih-alih upload jelah kat LIMEWIRE... Makan pagi dan tengahari tadi, hubby tapau jer.. Sebelah malamnya pulak, B kuar lagi tapau makanan....



10112008

Kuar lunch ngan Nur tadi kat luar... Adib tak nak makan sama.... Pas antar Adib kat sekolah, singgah kedai makan kat dalam area perumahan T ni... Kenyang.. Alhamdulillah...



Quote:
MY LOVELY FAMILY




Thursday, 6-Nov-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP....

 
 
 
View all 9 photos...
Assalamualaikum...

04112008

Untuk malam ni T goreng nasi dan ikan bawal saja.... Buah Timun sebagai ulaman... Then buat Air Kiwi... Hubby lak belikan barang-barang ini yang T pesankan padanya siang hari tadi.....





05112008

Nak tayang keta-keta yang T beli kat SHELL pas isi minyak keta sejak setahun dua lepas..... Ada yang bertanyakan harganya. Keta Ferrari merah tu rasanya RM8.90 seunit.. Keta James Bond lak RM5.50 seunit.... Saja-saja buat koleksi.... T mmg suka benda-benda macam nie.... Keta-keta ni T sorokkan dalam lemari.... Kalau dpt kat askar-askar T tu... Hem.. Kejap je dah punah-ranah... Tak sanggup T.. Tak sanggup....



Untuk malam ni, T masak Kari Telur, Goreng Ikan Kering Pelata dan buat Sambal Belacan.....



Hubby T ada hal kat Hulu Langat tadi... Dia belikan Satay Kajang Hj. Samuri.... Dan jugak Air Zam-Zam ni.. Sebotol kecil ni harganya RM7.50....





06112008

Koleksi keta-ketaku semakin bertambah... Taraaaaaa.......





Cuba.... Try.. Test... www.photofunia.com



Monday, 3-Nov-2008 21:23 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP...

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum...

01112008

Dok umah je hari ini. Nak ajar anak-anak. Buat latihan. Mgu dpn nak exam..... Makan nasi bungkus jer... Malas nak masak.... B g The Store beli barang dapo skit..... Dia bawa balik bag daripada Petronas.. T pun nak tunjukkan jugak koleksi keta James Bond T (dalam gambar ni ada 4, dh bertambah sebuah lagi.. jadi dah ada 5 buah keta ni dah)...... Jugak dapat bag daripada Maybank.......







02112008

Hari ini dok umah jugak... Anak2 tak dibenarkan menonton tv dari semalam hingga abih exam ari Khamis ni.... Nak tumpu buat latihan jer.... Kena tegas skit ngan diaorang.. Mana taknya.. Kejap-kejap tanya.. "umi.... bila boleh tengok tv?".... Itu je soalan yang diulang-ulangnyer..... Pagi tadi makan nasi bungkus jer.. malamnya B kuar tapau food kat Rest. Tifa....





03112008

Untuk malam ni, T masak Ayam Masak Merah dan Sayur Goreng.....



Friday, 31-Oct-2008 06:17 Email | Share | | Bookmark
MY DEAR FP....

Singgah makan di R&R Temerloh
Tertidur bebudak nie...
Singgah beli kepok jap..
View all 66 photos...
Assalamualaikum...

Uish.... Payahnya nak "mengupdate" fp sejak akhir-akhir ni.... line tenet kat umah T ni memang la K.O terus... T bukan busy nak updatekan fp T ni.... tapi line tenet yang buat hal.... Siut betullah.....

Okeylah.. dengan peluang yang ada hari ni, kali ni T nak bercerita tentang kehidupan T sejak seminggu nan lalu.... Macam-macam cerita ada... Mari, mari, mari..... Dengar ini cerita..... Sudi-sudikanlah yer...

24/10/2008

Hari ini, T dan family balik lagi ke kampung suami di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh. Kali ni 5 jam je hubby amik masa untuk sampai ke kampungnya! Perjalanan begitu lancar sekali.... Alhamdulillah.... Di perjalanan kami singgah beli Keropok Lekor dan Colek Ayam. Sampai di rumah mertua, isi perut dulu... makan nasi... dan dalam pukul 6.30 petang gitu, pas mandi dan bersolat jamak, T dan hubby ke rumah Mak Saudaranya.. Tengokkan anak sepupu hubby yang berusia 26 hari. Cumel.. Akif namanya.....











25/10/2008

Hari ini, selepas bersarapan, kami ke Kota Bharu.. umah abang ipar T, nak tolong biras T sediakan Colek Ayam dan nak perap 5 ekor ayam untuk dimasak secara BBQ malam nanti. Hubby dah tempah 4 buah bilik di Sudara Beach Resort, Pantai Melawi di Bachok. Jalan nak ke Tok Bali..... Sesudah menyiapkan makan tengahari (Nasi Goreng Cina dan Mee Goreng) dan lain-lainnya, kami bertolak ke destinasi yang mengambil masa selama 44 minit sahaja daripada umah abang ipar T. Selepas hubby selesai membuat pembayaran di lobi hotel, kami pun terus menuju ke bilik. Seronok sesekali dapat bersama begini walaupun 4 orang lagi adik-beradik hubby yang tinggal di KL dan Melaka tidak dapat turut serta. Yang ada cuma family abang-abang ipar T, kakak ipar dan ke dua mertua T. Selepas solat jamak Zohor dan Asar, T pun kuar bilik nak menyertai budak-budak semua mandi di kolam. T juga mengambil kesempatan ke pantai amik angin di sana.. Cantik pantainya... Seronok dapat berjalan-jalan di tepi pantai.... Sesambil mengejar sang ombak.. Begitu asyik sekali T rasakan... Tenang sungguh jiwa ini... Sekadar mengambil beberapa keping gambar di situ dan kami kembali ke kolam semula. T kemudiannya ke bilik biras T, nak nolong dia apa-apa yang patut... nak menyediakan Colek Ayam... Sedap sangat rasanya!... Cik Ni memang pandai memasak pun... Sebelah malamnya pulak, abang ipar T dan biras dari Kota Bharu baru tiba bersama-sama dengan juadah makan malam. Macam-macam yang dimasaknya... Habis kerja baru dia ke hotel. Anak-anaknya sudah datang dahulu bersama-sama kami tengahari tadi..... Sesambil anak-anak sedara dok membakar ayam.. kami berbual-bual... Macam-macam cerita yang keluar... Berborak sakanlah kami malam tue.. Sambil menyiapkan tempat untuk makan malam.... Resort ni bagus... Tak kisah nak bawa makanan dan jugak nak buat bbq.... Lain kali buleh pegi ke sana lagi.. Seronok.... Sekitar jam 10.30 malam, kami pun pulang ke bilik masing-masing dengan perut yang kekenyangan... Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak, sempat gak T melayan Cerekarama di TV3..... Apalah.. Ngan adik-beradik pun nak bergaduh.. siut.. siut.... siut punyer cite daaaa.....











































26/10/2008

Pas solat Subuh, T kuar menuju ke pantai... Indah sungguh pemandangannya.... Subhanallah... Kira-kira sejam di pantai, T balik ke bilik dan bersiap-siap nak pergi bersarapan pulak bersama-sama anak-anak dan anak-anak sedara. Menunya Nasi Lemak dan Kopi 'O'. Ada jugak Cereal, Bubur Nasi dan Roti Bakar.... Sesudah bersarapan, amik gambar di sekitar lobi dan resort sebelum kembali ke bilik...... T ke bilik biras dan dok di situ berbual-bual... Budak-budak apalagi... Sambung mandi-manda di kolam... Pada pukul 11.45 pagi, kami pun berkemas-kemas dan terus check out dari bilik. Kami terus ke umah abang ipar di Kota Bharu. Makan tengahari di sana. Sambung bakar ayam yang lebih semalam.... Setelah bersolat jamak Zohor dan Asar, T dan family ke Pengkalan Kubor pulak.. Dah lama tidak ke sana... Macam-macam ada dijual.... bak kata kakak ipar T, mak ayah je yang tak ada.... yang lain semua benda ada dijual.. hehe... Apa yang T shoppingkan di sini? Em.. Cik Abe T belikan mangkuk CorningWare 10 piece... Bunga baru.. Country Rose... Cantik..... Harganya RM499... Tapi bila dicampur bayaran untuk kad kredit dan jugak Kastam, harganya meningkat naik sehingga RM554.... Dengan itu T nak mengucapkan banyak-banyak Tq pada B.... Sayang B!... Muaaaaaahhhhhhhh........... T jugak ada belikan Kekacang, Rojak Buah, jubah mandi untuk Nur dan jugak Coklat. Selepas itu, kami pulang ke Kota Bharu sebelum menapau makanan untuk dinner nanti. Selepas dinner, kami pun pulang ke rumah mertua di Kg. Bukit Abal.... Yang mana cuma mengambil masa selama 40 minit sahaja dari Kota Bharu..... Sesudah bersembahyang jamak Maghrib dan Isyak, T terus masuk tidur... Penatzzzzzz................. Mengantok gilerrrrrrrr...................































27/10/2008

Bangun pagi pas bersolat Subuh, T berkemas-kemas pakaian nak balik ke Temerloh. Sarapan tadi makan Nasi Ayam Bakar. Sedap.. Kali ini, semasa perjalanan balik.. Kami singgah di Kuala Terengganu... Dah dekat setahun tak ke sana... Tempat pertama yang kami tuju ialah Muzium Terengganu... Tak buleh amik gambar kat dalam tu.. Di luar dibenarkanlah.. Cantik betul rekaan muzium ini.. Landskap pun begitu memukau pandangan.... Susun atur di dalam muzium pun cantik dan bermacam-macam perkara baru yang T perolehi dalam masa kira-kira sejam itu... Sempat singgah di kedai cenderahati untuk membeli fridge magnet... Kemudian kami ke Masjid Kristal.. Sempat bersembahyang jamak Zohor dan Asar di situ... Memang cantik masjid ini.... Rasa bertuah dapat bersolat di dalamnya..... Selepas itu, kami ke Taman Tamadun Islam.. Singgah makan tengahari dulu.... Tawar betul rasanya masakan mereka.. Adakah aku pemasin orangnya?... Tapi tulah.. Mee Hoon Soto dan ABCnya rasa begitu tawar sekali.... Cubalah datang untuk merasanya.... Sesudah makan, T Kemudiannya ke kedai cenderahati dan sempat membeli serba-sedikit cenderahati untuk dibuat kenang-kenangan.... Dan.. Tibalah masanya untuk beratur membeli tiket pulak.. Untuk dewasa bayarannya RM10 dan kanak-kanak RM5. Kami masuk ke situ pada pukul 4.15 dan keluar pada pukul 6.20 petang...... Dengan bayaran sebanyak RM20 pulak, kami menaiki buggy dan pekerja yang memandu berhenti di setiap replika untuk menerangkan secara rambang ciri-ciri setiap replika yang ada di situ.. Sungguh menarik sekali... Ada di antara replika yang menyiarkan slide video di dalamnya yang mengambil masa lebih kurang 6-7 minit untuk menerangkan secara detail tentang replika berkenaan.... T rasa ilmu T semakin bertambah sedikit dengan penerangan yang diberikan.. Memanglah dulu T menganggap projek mega menyiapkan replika ini semua adalah membazir, namun di satu sudut yang lain, ianya boleh memberikan manfaat kepada orang ramai... Namun itulah.. Ada pro dan kontranya.... Masing-masing dengan pendapat masing-masing... Pada T ia tetap membazir... Maklumlah .. Perbelanjaan yang terlalu tinggi telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek ini.... Namun ia jugak dapat memberikan ilmu pengetahuan... Terserahlah kepada pandangan kalian di luar sana.... Pada pendapat T ada baik dan ada buruknya jugak.... Okeylah.... Setelah hampir satu jam 50 minit pusing-pusing di dalam taman, kami pun berhenti untuk makan dan minum... Sedap Keropok Lekor di sini... Hilang dahaga dengan menghirup air mineral.... Anak-anak pulak mengambil kesempatan bermain-main di sekitar taman.... Kemudian, kami pun keluar dari taman dan menuju ke Losong nak membeli Keropok Lekor.... Seterusnya, hubby terus memandu pulang dan kami tiba di rumah pada pukul 11.00 malam..... Home Sweet Home..........

























28/10/2008

Tadi lunch kat luar..... Petangnya goreng Kepok Lekor skit dan sebelah malam balik ke Kuala Krau.. Hantar buah-buah rambutan yang mertua petik di kebunnya untuk dikirimkan kepada besan mereka...









29/10/2008

Pagi ni for bekfes, Ma buatkan Nasi Goreng dan Pulut Pagi. Ma dan Abah pun ikut T balik ke rumah T di Temerloh.... Pas amik Adib dari Kelas Qfa tadi, bawa Abah dan Ma ke klinik. Buat pemeriksaan berkala.... Alhamdulillah, mereka sihat-sihat saja... Walaupun Abah ada penyakit Diabetes, namun ianya masih dalam kawalan. Manakala Ma pulak ada penyakit Darah Tinggi. Tapi secara keseluruhan, mereka ok.... Selepas itu, kami ke gerai Kak Long pula... Menapau makanan untuk lunch.... Sebelah malamnya, Ma masak Ikan Singgang dan Ayam Goreng sahaja......









30/10/2008

Pagi tadi kuar bli Nasi Kerabu Daging Bakar dan jugak kuih-muih. Tengahari goreng Ikan Kembung dan sayur sahaja.. Sebelah malamnya pulak, Ma masakkan Ikan Tilapia Masin Pedas, goreng Ikan Tilapia dan ada lebih Sayur Goreng tengahari tadi..... Jugak buatkan Air Sirap Bandung...









31/10/2008

Pagi tadi, T hantar Ma dan Abah balik ke Kuala Krau.... Singgah makan sarapan di gerai berdekatan taman perumahan .... Tapau Roti Canai untuk Adib jugak....



Then balik sorang-sorang ke Temerloh.. Amik Adib dari Kelas Qfa... Balik ke rumah dan berehat sebentar sebelum amik Nur pulak pada pukul 12.00 tengahari tadi... Pas antar Adib ke sekolah sessi petang... Dok umah melayan fotopagesku ini.... Demikianlah... Detik Seminggu yang berlalu.... Sekadar tatapan untuk T di kemudian hari... FP dah T anggap sebagai buku catatan harian T... Di mana seingat T, setakat hari ini dalam tahun ini..... Belum culas sehari pun T tidak menaip atau menguploadkan gambar di FP T ini.... Kadang-kadang naik muak jugak dibuatnya... Tapi tak apalah... Sekadar kenang-kenangan... Di samping menambah kenalan baru... Insya Allah... Di harap kalian di luar sana tidak jemu-jemu mengunjungi T di sini... Namun itulah.. Kekadang dek kesibukkan yang melanda.. Tidak memungkinkan T menjengah kalian jugak dengan lebih kerap.. Di tambah lagi dengan tahap talian internet di rumah T yang agak teruk ini.... Sukar nak online selalu.. Harap kalian memahami situasi ini.. Tak jenguk bukanlah bermakna kalian terus dilupakan... Tidak sama sekali... Namun apa yang T pasti.. Kalian semua.... Tetap di hati ini... Wassalam.... Terima Kasih Banyak-Banyak di atas sokongan yang telah diberikan kepada T selama ini........ Muah.....


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net